Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (me­lakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark meng­usahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, mem­bunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengada­kan serta mengurus majlis perkahwinan dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nger.ja.kan] | مڠرجاکن

Definisi : 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAWAL

Syawal ialah bulan ke-10 mengikut

takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah

negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan

Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi

mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal

hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada

zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima,

iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M.

UMUM 
AZAN

Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam.

Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan

sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa

bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini

terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk

mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan

datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki,

dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus,

yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk

rantau) yang jauh”.

UMUM 
SURAH AL-TAKATHUR

Surah al-Takathur ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Takathur

(memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang

bermaksud:

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan

amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak

harta-benda dan anak-pinak, pangkat dan

pengaruh)”.

(Surah al-Takathur 102:1)

UMUM 
PAWAH

PAWAH, sejenis sistem penyewaan dalam aktiviti pertanian.  Dalam sistem ini pemilik tanah atau binatang ternakan membenarkan orang lain mengerjakan tanah atau haiwan ternakan itu.  Hasil yang diperoleh dikongsi mengikut pembahagian yang ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak.

BUDAYAKaedah
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
SURAH AL-WAQI‘AH

Surah al-Waqi‘ah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

96 ayat. Surah ini dinamakan al-Waqi‘ah (hari

kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda

berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya.

Surah ini membicarakan tentang keadaan hari

kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari

itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu

golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang

berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di

dunia.

UMUM 
PERLOMBONGAN ANTIMONI

PERLOMBONGAN ANTIMONI, kegiatan melombong antimoni di Sarawak, terutama di kawasan Sambas dan Bahagian Kuching.  Sebelum Sarawak ditadbirkan oleh keluarga Brooke, pembesar-pembesar Brunei yang menguasai Sarawak telah menggunakan kaum peribumi untuk mengerjakan lombong antimoni.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
KAABAH

Kaabah, binaan batu bata bersegi empat, yang terletak di tengah-tengah Masjid al-Haram, Makkah. Kaabah juga dikenali sebagai Baitullah atau Baitulharam dan merupakan simbol agama Islam yang paling utama dan menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjakan fardu haji.

AGAMABandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas