PENGESAN GEIGER-MULLER | Alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur keamatan zarah dan sinaran pengion radioaktif. | FIZIK | Alat/Alatan |
ELEKTROSKOP | Elektroskop ialah alat yang mengesan kehadiran cas elektrik. Jenis elektroskop tertentu, yang dinamakan elektrometer, juga mengukur amaun cas yang ada. | UMUM | |
METER GALVANI | Meter galvani ialah alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil. Kebanyakan meter galvani berfungsi berdasarkan prinsip bahawa arus elektrik yang mengalir melalui dawai dalam medan magnet menghasilkan daya terhadap dawai itu. | UMUM | |
MEKANISME SERVO | Mekanisme servo ialah sejenis sistem kawalan yang mengesan dan membaiki kesilapan. Industri menggunakan mekanisme servo untuk mengawal mesin automatik. Mekanisme servo menghalakan senjata pada kapal perang dengan menggunakan maklumat yang diterima dari radar. Mekanisme servo juga digunakan untuk mengawal pergerakan peluru berpandu yang sedang mengikut haluan. | UMUM | |
SONAR | Sonar ialah peranti yang menggunakan tenaga bunyi untuk mengesan objek, mengukur jarak arah, dan kelajuannya; malah menghasilkan gambarnya. Perkataan sonar berasal daripada perkataan Inggeris sound navigation and ranging. | UMUM | |
STETOSKOP | Stetoskop ialah sejenis alat yang digunakan oleh doktor untuk mendengar bunyi yang dihasilkan oleh organ tertentu dalam tubuh, seperti jantung, paru-paru, usus, vena, dan arteri. Stetoskop dapat mengesan bunyi daripada organ ini serta menahan bunyi lain daripada mengganggu. Kaedah mendengar ini, yang dikenali dengan istilah auskultasi, dapat membantu doktor mengenal pasti penyakit. Doktor boleh mengesan perubahan bunyi organ yang disebabkan oleh penyakit yang berlainan jenis. | UMUM | |
GALVANOMETER | Galvanometer ialah alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur kekuatan serta arah arus elektrik dalam pengalir. | FIZIK | Alat/Alatan |
SESIUM | Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun 1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg mengasingkan logam tulen. | UMUM | |
AIDS | AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan (HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah didiagnosis di seluruh dunia. | UMUM | |
TERMOGRAFI | Termografi ialah teknik pengesanan yang menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai termograf digunakan untuk menghasilkan termogram (gambar haba). Termografi digunakan dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain. Termograf kelihatan seperti kamera TV yang disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan inframerah. | UMUM | |