Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.sat] | مڠست

Definisi : 1. menyapu-nyapu atau meng­gosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.sat] | مڠست

Definisi : menggosok atau menyapu supaya kering (bersih drpd habuk dll): Dia ~ peluh di dahinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesat (adjektif)
1. Bersinonim dengan kasap: kasar, seregai, menggerutu, berkerut-kerut, bergerapu,

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kasar, keras, pedas, tajam,

Kata Terbitan : mengesat, pengesat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAPU TANGAN

Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita

bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia

biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia

mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera.

Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu

tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman

Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu

tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000-

an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan

yang tergantung pada tali pinggang.

UMUM 
NEKTAR

Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh

kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga

ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar

biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan

serangga terpaksa mengesat debunga untuk

sampai ke nektar. Serangga membawa debunga

dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah

mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi

madu.

Lihat juga Lebah (Membuat madu).

UMUM 

Kembali ke atas