Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.sét] | مڠسيت

Definisi : menggubah, mem­bentuk (rambut), mengatur (huruf dlm mesin cetak, dll): setiap satunya merupakan can­tuman berlian-berlian bermutu yg diset dgn begitu kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.sét] | مڠسيت

Definisi : 1 me­masang atau menyediakan alat-alat pd mesin dll supaya sedia utk digunakan (dijalan­kan): ~ mesin pelarik. 2 me­ngatur (huruf dlm mesin cetak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengeset


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENDANDAN RAMBUT

Mendandan rambut ialah seni menggunting,

mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga

rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan

rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan

untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan

mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara

berbanding hampir-hampir kesemua perubahan

fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri

yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk,

atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada

sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi

gaya rambut yang menarik dan mudah

dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan

kehendak seseorang.

UMUM 

Kembali ke atas