Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.sya.ki]/[me.nge.sya/.ki] | مڠشکي

Definisi : 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.sya.ki]/[me.nge.sya/.ki] | مڠشکي

Definisi : 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengesyaki


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KITA

KITA, pertubuhan politik pada zaman Jepun. KITA ialah singkatan Gerakan Kiri Tanah Air. KITA ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Ahmad Boestaman. Kepimpinan KITA dikenali sebagai “Empat Serangkai’, dengan diketuai oleh Ahmad Boestaman serta Zulkifli Ownie, Mokhtar Bakri dan Haji Ramli Said. Mereka selalu berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan cerita dan rahsia, dan kod nama mereka ialah KITA. Dengan cara begitu pihak Jepun tidak dapat mengesyaki pengintipan mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas