Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.te.ngah.kan] | مڠتڠهکن

Definisi : 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, menge­mukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.te.ngah.kan] | مڠتڠهکن

Definisi : 1 membawa ke tengah: ~ bot. 2 membawa ke penge­tahuan orang, pihak berkuasa dsb; mengemukakan; mengutarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METAFIZIK

Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah

yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk

semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga

ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan

mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini

dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya,

berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang

membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan

perbahasan yang terhad.

UMUM 
MERCOURI, MELINA

Mercouri, Melina (1925–1994) ialah pelakon

wanita dan ahli politik wanita Yunani. Dia

berkhidmat sebagai menteri kebudayaan kerajaan

sosialis dari tahun 1981 sehingga dia meninggal

dunia. Mercouri banyak mengembara untuk

memperkenalkan seni dan sukan Yunani, di

samping mengetengahkan isu kewanitaan.

UMUM 
TILLICH, PAUL

Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi

kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah

pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya

Theology of Culture (1959), dia menganalisis

bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi

keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan

kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol

dan mitos keagamaan yang dibincangkannya

dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya

yang terbaik ialah Systematic Theology (1951,

1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid.

Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud

Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait

dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan

pemikiran moden.

UMUM 
NATION, CARRY AMELIA MOORE

Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911),

terkenal kerana usaha kerasnya untuk

memberhentikan penjualan alkohol di Amerika

Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal

dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana

mengganggu ketenteraman, namun ramai orang

yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya.

Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak

bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan

yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan

kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu

mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat

kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ).

UMUM 

Kembali ke atas