PERIKATAN | Perikatan menggabungkan dua atau lebih negara dalam pertahanan bagi menentang ancaman musuh atau musuh bersama. Ahli dalam sesuatu perikatan bersetuju bekerjasama sekiranya berlaku peperangan atau menghalang musuh daripada menyerang. Satu perikatan selalu menghasilkan sebuah perikatan yang lain untuk mengimbangi kuasa perikatan yang pertama. | UMUM | |
BIOSENSOR | Sejenis alat analisis yang menggabungkan alat elektronik dan keupayaan pengenalan spesifik bahan aktif biologi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
TOUR DE LANGKAWI | Sukan berbasikal yang menggabungkan pelancongan di Malaysia. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
EJAAN | Ejaan ialah cara menggabungkan huruf untuk menulis kata. Belajar mengeja dengan betul ialah sebahagian daripada kaedah mempelajari sesuatu bahasa | UMUM | |
KANUN | Kanun, dalam undang-undang, menggabungkan semua undang-undang bagi subjek tertentu dalam sesuatu statut atau ordinan. | UMUM | |
ACT OF UNION | Act of Union (Akta Kesatuan) menggabungkan parlimen yang berasingan menjadi satu Parlimen United Kingdom di Westminster, London. Akta pertama berhubung dengan Parlimen Scotland dikuatkuasakan pada tahun 1707. Akta kedua berhubung dengan Ireland berkuat kuasa pada tahun 1801. | UMUM | |
TANGE, KENZO | Tange, Kenzo (1913–2005) ialah arkitek Jepun. Usahanya menggabungkan sistem bangunan moden daripada kaca dan konkrit dengan gaya tradisional Jepun. Dia terkenal kerana bangunan Peace Hall yang dibina di tapak letupan bom atom di Hiroshima, Jepun. | UMUM | |
PUISI | Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran, dan perasaan dalam cara yang istimewa. | UMUM | |
SPENDER, SIR STEPHEN | Spender, Sir Stephen (1909–1995) ialah pemuisi British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan jenis keindahan yang penyair romantik awal temui pada air terjun dan matahari terbenam. | UMUM | |
MERTON, ROBERT KING | Merton, Robert King (1910–2003), ahli sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan kuantitatif (statistik). Dalam bukunya Science, Technology and Society in Seventeenth Century England (1938), Merton membincangkan sumbangan kekuatan budaya, ekonomi dan sosial kepada perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan bahawa ramai reformis Protestan, termasuk golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung telah menolong sains moden dengan menggalakkan orang membuat kajian terhadap alam tabii. | UMUM | |