MENGUARI | Menguari ialah kaedah menggali bongkah pejal atau timbunan batu dari bumi dan menyediakannya untuk projek pembinaan. Kuari ialah lubang besar dalam tanah tempat batu diambil. Jenis-jenis batu yang dikuari termasuk basalt, granit, batu kapur, marmar, batu pasir dan batu loh. | UMUM | |
ANT LION | Ant lion ialah larva (bentuk tidak matang) serangga yang menggali lubang dalam tanah untuk memerangkap semut dan lain-lain serangga kecil untuk dimakan. Serangga dewasa kelihatan seperti pepatung. Larva ant lion sering dinamakan doodlebug. | UMUM | |
STANDARD OIL COMPANY | Standard Oil Company. Pada tahun 1859, Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian, John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil Company dari Ohio. | UMUM | |
SENDAT UDARA | Sendat udara ialah alat yang membolehkan manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat. Sendat udara digunakan untuk menggali terowong dalam air atau projek-projek lain yang memerlukan kaison. | UMUM | |
TANAH AWAM | Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi, pada Zaman Pertengahan, di England, orang menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan meragut rumput, untuk menebang pokok dan menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung bermula. | UMUM | |
TIKUS MONDOK | Tikus mondok ialah mamalia kecil, berbadan gempal yang hidup dalam tanah. Tikus mondok adalah penggali lubang yang pantas dan tidak mengenal penat. Ia mempunyai hidung yang sempit tirus dan kepala berbentuk baji, dan kaki depan yang besar. Kaki depannya berfungsi sebagai penyodok, untuk menggali tanah. Kaki belakangnya pendek dan kuat. | UMUM | |
NINEVEH | Nineveh ialah ibu negeri terakhir Empayar Purba Assyria, yang terletak di tebing timur Sungai Tigris, kira-kira 370 kilometer di utara Baghdad. Kawasan ini telah diduduki seawal 5000 S.M. Pada tahun 612 S.M., orang Babylon dan Medes telah menawan dan memusnahkan bandar ini. Pada tahun 1800-an, ahli arkeologi telah menggali semula kawasan ini dan menemui perpustakaan besar yang diasaskan oleh Raja Ashurbanipal. Perpustakaan yang menakjubkan ini mengandungi dokumen perniagaan, surat dan contoh kesusasteraan Babylon dan Sumeria. | UMUM | |
MESIN PENYEMAI | Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira 15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek. Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah. Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang mengandungi biji yang hendak disemai. Alat penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah. | UMUM | |
KEDUKAN BUKIT | KEDUKAN BUKIT, prasasti Sriwijaya. Prasasti ini bertarikh 683 M. dan terletak di Palembang, Sumatera, Indonesia. ‘Kedukan’ dalam bahasa Jawa bererti menggali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
PERTEMPURAN BANNOCKBURN | Pertempuran Bannockburn ialah salah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Scotland . Ia berlaku di Bannockburn, Scotland, pada tahun 1314. Dalam pertempuran itu, rakyat Scotland menyelamatkan negara mereka daripada pemerintahan asing dengan mengalahkan tentera Inggeris di bawah Raja Edward II. Robert Bruce menaiki takhta Scotland dengan kemenangan ini. Jumlah tentera Inggeris melebihi tentera Scotland, tetapi pertahanan Scotland bertempur dari kedudukan yang lebih baik, sedangkan pihak Inggeris terlalu terhimpit untuk menggunakan sepenuhnya jumlah tentera mereka yang lebih besar. Pihak Scotland menghentikan kemaraan orang Inggeris dengan menggali lubang di sepanjang garisan serangan. Orang Inggeris melarikan diri setelah mengalami kekalahan teruk. | UMUM | |