Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut):perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggantung

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
SHRIKE

Shrike ialah burung yang boleh dikenal melalui

paruhnya yang kuat dan bengkok sedikit, dan

melalui tabiatnya menujah belalang, mencit, dan

burung kecil pada duri, ruit, atau ranting, sama

seperti penyembelih menggantung daging. Burung

ini kemudiannya menyiat mangsanya hingga halus

dan memakannya. Daripada tabiat ini berasal nama

biasanya, iaitu burung penyembelih.

UMUM 
POKOK JUDAS

Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari

selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik

terutamanya pada awal musim bunga apabila

keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna

samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5

sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan

ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul.

Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin

dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk

hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam

lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai

pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas

Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung

dirinya pada pokok demikian.

UMUM 
ARACHNE

Arachne ialah seorang penenun yang mahir

dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar

bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik

daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan

kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne

untuk menyertai pertandingan menenun. Athena

menenun dewangga yang menggambarkan

manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan

mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan

tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena

melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun

mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba

menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu

menukarkannya menjadi seekor lelabah.

Kemahiran Arachne masih bertahan dalam

memintal sarang oleh lelabah.

UMUM 
SISTEM KEWANGAN EROPAH (EMS)

Sistem Kewangan Eropah (EMS) ialah

organisasi yang ditubuhkan oleh 10 negara

Eropah untuk menstabilkan kadar pertukaran mata

wang mereka. Kadar pertukaran ini adalah harga

mata wang satu negara dalam istilah negara-negara

lain. Sistem ini bermula pada tahun 1979 dengan

penyertaan sepenuhnya oleh Belgium, Denmark,

Perancis, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan

Jerman Barat (kini Jerman). Sepanyol memulakan

penyertaan sepenuhnya pada tahun 1989 dan

United Kingdom pada tahun 1990. Portugal dan

Greece menandatangani perjanjian sistem ini

tetapi tidak mengambil bahagian dalam semua

operasinya. Kesemua ahli sistem ini adalah negara

Kesatuan Eropah, yang berusaha menyatukan

ekonomi negara ahlinya. Pada tahun 1992, United

Kingdom dan Itali mengumumkan untuk

menggantung sementara penyertaan mereka

dalam sistem ini. Kedua-dua negara ini tidak dapat

mengelakkan kejatuhan nilai mata wang mereka di

bawah julat yang diperlukan oleh sistem ini.

UMUM 

Kembali ke atas