Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.ya.kan] | مڠݢاياکن

Definisi : 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.ya.kan] | مڠݢاياکن

Definisi : 1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggayakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENDANDAN RAMBUT

Mendandan rambut ialah seni menggunting,

mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga

rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan

rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan

untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan

mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara

berbanding hampir-hampir kesemua perubahan

fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri

yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk,

atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada

sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi

gaya rambut yang menarik dan mudah

dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan

kehendak seseorang.

UMUM 

Kembali ke atas