Mengait ialah satu kaedah membuat kain dengan menggelungkan benang di sekeliling jarum mengait dengan yang lain menggunakan satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf, dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian tersebut dapat meregang dan kembali semula kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil (Kain yang dikait). |