Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.run.kan] | مڠݢرونکن

Definisi : menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.run.kan] | مڠݢرونکن

Definisi : menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggerunkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHELLEY, MARY WOLLSTONECRAFT

Shelley, Mary Wollstonecraft (1797–1851),

pengarang Inggeris. Shelley menulis novel Gothik

yang paling terkenal lagi menggerunkan,

Frankenstein (1818).

UMUM 
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
NOVEL GOTHIK

Novel Gothik ialah jenis fiksyen yang popular di

England pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun

1800-an. Plot novel Gothik termasuk peristiwa

misteri dan luar biasa yang bertujuan untuk

mengejutkan atau menggerunkan pembaca.

Ceritanya disebut Gothik kerana kebanyakan cerita

berlaku di istana yang suram dan kelam yang dibina

mengikut seni bina Gothik pada Zaman

Pertengahan.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 
KING, STEPHEN

King, Stephen (1947– ) ialah penulis

popular Amerika yang menulis cerita seram

dan ngeri. King ialah penulis cerita yang

plotnya menitikberatkan kesan kejahatan dan

ketakutan. Dia sering mencetuskan keadaan yang

menggerunkan daripada watak dan tempat moden

yang biasa.

UMUM 
SURAH AL-QARI‘AH

Surah al-Qari‘ah ialah salah satu surah daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-101 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

11 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qari‘ah

(hari yang menggemparkan) kerana perkara-perkara

yang menggerunkan yang diceritakan di dalam surah ini

boleh menggoncang hati pendengarnya.

UMUM 

Kembali ke atas