SENI MENGGUBAH POKOK | Seni menggubah pokok ialah seni membentuk dan memotong pokok menjadi bentuk hiasan. Seni menggubah pokok biasanya dilakukan pada pokok renek, pokok malar hijau dan laman, tetapi juruhias membuat pokok gubahan daripada kertas krep dan dawai. | UMUM | |
STRAUSS, JOHANN, JR. | Strauss, Johann, Jr. (1825–1899) ialah penggubah muzik Austria yang dikenali sebagai “Raja Waltz.” Strauss menggubah hampir 400 buah muzik waltz yang mewakili kemuncak gaya muzik tersebut. Dia juga menggubah lagu dan tarian orkestra lain dan 16 opereta. Di samping itu, dia juga adalah penggesek biola dan ketua orkestra yang memainkan muzik ringan. | UMUM | |
ROMBERG, SIGMUND | Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917), The Student Prince (1924), The Desert Song (1926), My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular, Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik klasik ringan. | UMUM | |
MENOTTI, GIAN CARLO | Menotti, Gian Carlo (1911– ), penggubah Amerika yang menggubah beberapa opera terkenal pada pertengahan tahun 1900-an. Tidak seperti penggubah lain, dia juga menulis sendiri librettos (perkataan) untuk setiap opera dan pementasan terpenting. Karyanya The Consul (1950) memenangi Hadiah Pulitzer untuk muzik pada tahun 1950. Dia turut memenangi hadiah yang sama pada tahun 1955 untuk The Saint of Bleecker (1954). | UMUM | |
CHOPIN, FRÉDÉRIC FRANÇOIS | Chopin, Frédéric François (1810–1849), penggubah muzik kelahiran Poland, merupakan seorang “master” dalam penggubahan muzik piano. Chopin menggubah muzik kamar (muzik untuk kumpulan alat yang kecil), beberapa lagu, dan beberapa buah lagi untuk piano dan orkestra. Tetapi kemasyhurannya terletak semata-mata atas lebih daripada 200 gubahan untuk piano solo. | UMUM | Umum |
SCARLATTI, DOMENICO | Scarlatti, Domenico (1685–1757), penggubah Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk alat keyboard awal yang dikenali sebagai hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata, konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi permainan keyboard yang terkemudian. Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini termasuk penyilangan tangan dengan kerap, arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan ulangan not dengan cepat. | UMUM | |
MAHLER, GUSTAV | Mahler, Gustav (1860–1911) ialah penggubah zaman romantik kelahiran Bohemia. Dia berhasil menyiapkan sembilan buah simfoni tetapi meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan yang kesepuluh. Dia juga menggubah banyak lagu yang diiringi oleh persembahan orkestra. | UMUM | |
PINDAR | Pindar (522?–443 S.M.) ialah penyair lirik agung Yunani. Dia disanjung kerana mencipta oda Pindar. Jenis oda ini terbina daripada tiga rangkap iaitu strop, antistrop, dan epod – yang diulang bersiri. Pindar menggubah puisi yang sangat indah dan halus ini untuk meluahkan sanjungan dan pujian terhadap acara tertentu seperti meraikan kejayaan atlit dalam pertandingan sukan kebangsaan yang hebat. | UMUM | |
NIKOLAIS, ALWIN | Nikolais, Alwin (1912–1993), koreografer (penggubah tarian) Amerika. Koreografinya memperlihatkan kombinasi gerakan manusia, kostum, pencahayaan, props, dan pemandangan yang bijak. Dia mereka bentuk setiap unsur sesuatu persembahan dan menggubah muziknya. | UMUM | |
ANTILL, JOHN | Antill, John (1904–1986), penggubah Australia yang terkenal kerana suit baletnya Corroboree , yang dipersembahkan buat pertama kalinya pada tahun 1946. Dia mendasarkan gubahan pada nada yang didengarnya semasa Orang Asli Australia bernyanyi di kawasan petempatan La Perouse, di Sydney. Dia belajar menggubah lagu, di New South Wales State Conservatorium of Music dan menyertai kakitangan muzik Australia Broadcasting Commission pada tahun 1934. Antill turut menggubah beberapa lagu balet yang lain dan kerja-kerja orkestra, teater dan muzik filem. Dia lahir di Sydney. | UMUM | |