KONGRES AMERIKA SYARIKAT | Kongres Amerika Syarikat menggubal undang-undang negara Amerika Syarikat. Kongres mempunyai dua badan, Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kedua-duanya mempunyai kuasa yang sama. Rakyat memilih anggota Kongres. | UMUM | |
KANUN JUSTINIAN | Kanun Justinian. Justinian I, pemerintah Empayar Rom Timur dari tahun 527 M. hingga tahun 565 M., memerintah 10 orang yang paling bijaksana dalam jajahannya untuk menggubal satu koleksi undang-undang Rom. Koleksi ini dikenali sebagai Corpus Juris Civilis, yang bererti Body of Civil Law juga dikenali sebagai Justinian. | UMUM | |
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI | Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, agensi yang merancang, menggubal dan melaksanakan dasar berkaitan dengan perdagangan luar dan pembangunan industri negara. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
MACAPAGAL, DIOSDADO | Macapagal, Diosdado (1910 –1997), berkhidmat sebagai presiden Filipina dari tahun 1961 hingga 1965. Dia dikenali sebagai seorang pegawai yang jujur dan berhemah tinggi, yang cuba menghapuskan rasuah di negaranya. Dia juga telah berusaha memperkenalkan reformasi ekonomi serta menggubal dasar luar Filipina dengan negara-negara Asia. | UMUM | |
SARAGAT, GIUSEPPE | Saragat, Giuseppe (1898–1988), presiden Itali dari tahun 1964 hingga tahun 1971. Saragat menjadi ahli Parti Sosialis pada tahun 1922, dan ahli jawatankuasa eksekutif pada tahun 1925. Dia mewakili Parti Sosialis dalam kabinet yang dibentuk pada tahun 1944. Pada tahun 1946, dia menjadi presiden Dewan Perundangan yang menggubal perlembagaan baru. Saragat meninggalkan Parti Sosialis pada tahun 1947 dan membentuk partinya sendiri yang kemudiannya menjadi Parti Demokratik Sosialis. Saragat lahir dan mendapat pendidikan di Turin. | UMUM | |
MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT | MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT, lembaga kekuasaan tertinggi negara Indonesia yang menggubal dan meminda perlembagaan serta menentukan dasar negara. Menurut Undang-Undang Dasar 1945 (Perlembagaan 1945) kedaulatan rakyat dipegang oleh Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Presiden dan wakil (naib presiden) dipilih oleh MPR dengan undi terbanyak, dan mereka hanya tunduk kepada MPR. MPR juga berhak memberhentikan presiden dan wakil presiden. Di samping itu, MPR mempunyai hak untuk membuat dan meminda Undang-undang Dasar (Perlembagaan Negara) dan menentukan Garis-garis Besar Haluan Negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PARLIMEN MALAYSIA | PARLIMEN MALAYSIA, institusi pemerintahan demokrasi Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan model Westminster, United Kingdom, mengikut cadangan Suruhanjaya Reid yang menggubal Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang mempunyai 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan Labuan. Pada peringkat persekutuan, terdapat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Persekutuan, manakala pada peringkat negeri pula, terdapat Kerajaan Negeri. Parlimen ialah institusi perwakilan yang menjalankan fungsi perundangan di Malaysia. Pada peringkat pusat, ia dikenal sebagai Parlimen, manakala pada peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri (DUN). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PULAU NORFOLK | Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600 kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000 kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand. Wilayah ini terdiri daripada pulau utama – Pulau Norfolk – dan dua buah pulau kecil yang tidak didiami – Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini bertanggungjawab kepada kerajaan Australia melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi menampung kos kerja raya. | UMUM | |
PERJANJIAN MALAYSIA | PERJANJIAN MALAYSIA (1963), perjanjian antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British untuk memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak menerusi pembentukan Malaysia. Bagi tujuan ini Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah menggubal Akta Malaysia yang membolehkan ketiga-tiga buah negeri tersebut bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, dan menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil semua negeri yang terlibat iaitu Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di London pada 9 Julai 1963. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
BORMANN, MARTIN | Bormann, Martin (1900–1945?) adalah salah seorang pemimpin Nazi yang paling berkuasa di Jerman semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia berkhidmat sebagai pembantu utama diktator Nazi Adolf Hitler dan membantu menggubal dasar Nazi. Bormann menyokong langkah paling keras yang diambil terhadap orang Yahudi, orang Poland dan gereja Kristian. | UMUM | |