Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.ling.kan] | مڠݢوليڠکن

Definisi : 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.ling.kan] | مڠݢوليڠکن

Definisi : 1 menolak supaya berguling; menyebabkan berguling: Siapa yg ~ balak itu ke sungai? 2 ki menjadikan seseorang jatuh dr kedudukannya, pangkatnya dsb; menjatuhkan: Segala usaha utk ~ kerajaan telah gagal. 3 menjadikan seseorang juara kalah dlm pertandingan dsb; mengalahkan: Juara tenis dr Australia itu telah ~ juara dr England. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggulingkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACBETH

Macbeth ( ? –1057), menggulingkan raja Scotland

pada tahun 1040, setelah menewaskan dan

membunuh Raja Duncan I. Dia mendakwa bahawa

dia berhak menaiki takhta kerajaan Scotland kerana

isterinya keturunan diraja. Malcolm III, anak

Duncan I, dan Earl Siward dari Northhumberland

telah mengalahkan Macbeth di Dunsinane pada

tahun 1054 tetapi tidak menggulingkannya. Tiga

tahun kemudian, Malcolm III telah membunuh

Macbeth di Lumphanan. Anak tiri Macbeth, Lulach,

berjaya memerintah semula selama beberapa

bulan, kemudian Malcolm III menggantikan Lulach

sebagai raja.

UMUM 
ODOACER

Odoacer (434?–493 M.) ialah pemimpin Jerman yang

menggulingkan maharaja Rom yang terakhir di Barat,

menamatkan Empayar Rom Barat.

UMUM 
AMIN DADA, IDI

Amin Dada, Idi (1925?–2003) ialah pemerintah

Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai

seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa

selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan

kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir

apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera

dari negara jiran Tanzania menggulingkan

kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari

Uganda.

UMUM 
PERTEMPURAN SHREWSBURY

Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri

pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy

untuk menggulingkan Henry IV dari England.

UMUM 
STROESSNER, ALFREDO

Stroessner, Alfredo (1912– ) ialah Presiden

Paraguay dari tahun 1954 hingga tahun 1989. Dia

memimpin tentera untuk menggulingkan kerajaan

Paraguay pada tahun 1954, dan pada tahun itu juga

dilantik menjadi presiden tanpa tentangan. Dia

dipilih semula sebagai presiden sebanyak tujuh

kali antara tahun 1958 hingga tahun 1988 dalam

pilihan raya yang dikawal oleh pemerintah. Pada

tahun 1989, pemberontakan tentera telah

menyingkir Stroessner daripada jawatan tersebut.

UMUM 
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI

Pergerakan dua puluh enam Julai ialah

sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh

Fidel Castro yang menggulingkan diktator

Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama

sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro

gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba.

UMUM 
PERJANJIAN LIMERICK

Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang

menamatkan peperangan antara raja-raja England,

William III dengan James II. Orang Inggeris telah

menggulingkan James, yang bermazhab Roman

Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William

yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong

James yang dikenali sebagai Jacobites , mula

memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III

telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali

sehingga pada tahun 1691, mereka hanya

menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat

keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua

pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3

Oktober.

UMUM 
QADHAFI, MUAMMAR MUHAMMAD AL-

Qadhafi, Muammar Muhammad al- ( 1361

H.– /1942 M. – ) ialah Presiden Republik Arab

Libya. Dia adalah pemimpin Revolusi September

1969 yang menggulingkan pemerintahan beraja di

Libya. Al-Qadhafi lahir di daerah Sirt dan daripada

keluarga petani dan pengembala. Justeru, dia

dibesarkan dalam keadaan yang daif. Dia lulus

dari maktab tentera pada tahun 1965 dengan

pangkat leftenan. Dia dihantar ke Britain untuk

menyambung pelajaran dalam Akademi Tentera

Diraja St Hurst.

UMUM 
MUSEVENI, YOWERI

Museveni, Yoweri (1944– ), ahli politik dan

ketua tentera Uganda, menjadi presiden Uganda

pada tahun 1986. Dia ialah ketua National

Resistance Movement (NRM) yang menggulingkan

kerajaan General Tito Okello pada bulan Januari

1986.

UMUM 
ORTEGA, DANIEL

Ortega, Daniel (1945– ) ialah ketua kerajaan

Nicaragua dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Pada

tahun 1979, dia dikenali sebagai pemimpin kerajaan

revolusioner apabila partinya, Sandinista National

Liberation Front, menggulingkan kerajaan Anastasio

Somoza Debayle. Ortega dilantik sebagai presiden

Nicaragua pada tahun 1984. Tempohnya sebagai

presiden berakhir pada tahun 1990, apabila dia

dikalahkan dalam pilihan raya presiden oleh Violeta

Barrios de Chamorro, pemimpin parti campuran

yang menentang pemerintahan Sandinista.

UMUM 
12

Kembali ke atas