DOUGLAS | Douglas (pend. 20 368) ialah ibu negeri Isle of Man di Britain. Bandar yang menghadap Teluk Douglas di sebelah timur pulau ini, merupakan sebuah pusat percutian yang terkenal. | UMUM | |
AMALFI | Amalfi (pend. 6052) ialah bandar Itali yang indah yang terletak di sebuah tanjung yang menghadap ke Teluk Salerno. | UMUM | |
MEGHALAYA | Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia. | UMUM | |
KELONG | Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia terdiri daripada barisan pancang yang dibina menghadap arus laut dalam bentuk menirus seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang atau ombak besar yang memungkinkan pancang patah atau tercabut. | UMUM | |
MUMBAI | Mumbai (pend. 9 925 891; pend. kaw. met. (12 571 720) ialah ibu negeri Maharashtra di India. Mumbai ialah pelabuhan utama pinggir laut barat India dan menghadap ke Laut Arab. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |
PARTHENON | Parthenon ialah sebuah kuil Yunani purba di kota Athens. Kuil ini terletak di atas sebuah bukit bernama Acropolis yang menghadap kota Athens. Kuil Parthenon ini dibina untuk memperingati Athena, dewi pelindung kota Athens. Kuil ini mungkin merupakan contoh terbaik seni bina Yunani purba. | UMUM | |
NAGOYA | Nagoya (pend. 2 154 793) ialah salah sebuah bandar terbesar di Jepun. Ia merupakan ibu negeri wilayah Aichi di pulau Honshu. Ia berada di atas dataran Nobi yang menghadap Teluk Ise (lihat Jepun (peta politik)). | UMUM | |
NICARAGUA | Nicaragua ialah negara terbesar di Amerika Tengah mengikut ukuran keluasan. Ia merentang dari Lautan Pasifik ke Laut Caribbean. Lebih kurang tiga per lima daripada penduduk negara ini tinggal di kawasan yang subur yang menghadap Lautan Pasifik. Di kawasan ini terletaknya Managua, ibu negara dan bandar terbesar Nicaragua. | UMUM | |
ANJING POINTER | Anjing pointer ialah anjing yang digunakan untuk memburu kuang bayas dan burung buruan. Anjing ini dinamakan pointer kerana ia berhenti sekaku patung apabila tercium bau burung dan kemudian menghala dengan menghadap ke arah burung itu, biasanya sebelah kaki depannya terangkat dan ekornya tertegak dengan kaku | UMUM | |
PORTUGAL | Portugal ialah negara yang terletak paling ke barat di benua Eropah. Ia terletak di Semenanjung Iberia. Sepanyol ialah jiran Portugal di bahagian utara dan timur yang juga meliputi sebahagian besar Semenanjung Iberia. Bahagian selatan dan barat Portugal pula menghadap Lautan Atlantik. Lisbon ialah ibu negara dan bandar raya Portugal yang terbesar. | UMUM | |