Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : , menghantarkan meletak­kan (di tanah dll) sembarangan sahaja, meng­geletak: dihantarkannya tangan kanan ke atas bahu kirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.han.tar] | مڠهانتر

Definisi : 1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Dari Acheh bersapu tangan,
     Gajuk tiang mana nak cabut;
Jikalau kasih menghantar teman,
     Jikalau sayang berbilang rambut.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEGRAF

Telegraf ialah peranti pertama yang menghantar

mesej menggunakan elektrik. Pada satu masa

dahulu, kebanyakan mesej telegraf dihantar dengan

mengetuk kod khas bagi setiap huruf dalam mesej

dengan kekunci telegraf. Telegraf mengubah titik

dan sempang kod ini, yang dikenali sebagai kod

Morse, kepada impuls elektrik dan menghantarnya

melalui wayar telegraf.

UMUM 
TELEFON

Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar

dan menerima mesej suara, biasanya dengan

menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu

kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam

beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon

seseorang yang berada di seberang jalan, di

bahagian lain dalam negara, ataupun dengan

seseorang di benua lain. Perkataaan telephone

( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) .

UMUM 
PULSAR

Pulsar ialah objek di angkasa yang menghantar

letusan sinaran elektromagnet secara tetap,

terutamanya dalam bentuk gelombang radio.

Pulsar mendapat namanya daripada dedenyut yang

dipancarkan secara tetap ini.

UMUM 
TELEMETRI

Telemetri bermakna mengukur dari jauh. Ahli

sains dan jurutera menggunakan telemetri dalam

berbagai-bagai cara. Ahli sains menghantar belon

cuaca setinggi 30 kilometer atau 50 kilometer ke

udara untuk mengukur suhu, tekanan, dan

kelembapan udara di bahagian atas bumi. Pemancar

radio yang dipasang pada belon menghantar semula

maklumat tersebut ke bumi.

UMUM 
MODULASI FREKUENSI

Modulasi frekuensi, biasanya dikenali

sebagai FM, ialah kaedah menghantar isyarat

bunyi melalui gelombang radio. Modulasi

frekuensi dan modulasi amplitud (AM) adalah dua

cara utama memancarkan muzik dan pertuturan.

UMUM 
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
TELEPENGATUR HURUF (TPH)

Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin

elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia

menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu

tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia

menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini

dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin

ini secara automatik akan menjadikan salinan ini

dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak

akhbar.

UMUM 
PSYCHE

Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba.

Dia begitu cantik sehingga orang berpaling

memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta.

Venus menjadi marah, lalu menghantar anak

lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada

Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari-

parinya yang diperbuat daripada emas dan batu

permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada

malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa

sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia

terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama-

lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara-

saudara perempuannya yang zalim, pada suatu

malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid

semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan

meninggalkan Psyche.

UMUM 
PERANG MU'TAH

Perang Mu’tah berlaku antara orang Islam

dengan orang Rom di Syam ketika Rasulullah

s.a.w. masih hidup. Antara sebab tercetusnya

peperangan ini adalah kerana Rasulullah s.a.w.

mengutuskan seorang utusan untuk menghantar

kitab al-Quran kepada raja Basrah (di Syam).

Apabila utusan yang membawa kitab tersebut

singgah di kampung Mu’tah, dilihat oleh

Syurahbil ibn ‘Amru al-Ghassaniy lalu dia

dibunuh. Mengikut peraturan pada masa itu,

utusan tidak boleh dibunuh. Oleh itu, Rasulullah

s.a.w. berasa marah lalu Baginda menghantar

satu pasukan tentera seramai 3000 orang ke

Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun kelapan

Hijrah.

UMUM 
PERKHIDMATAN BERITA

Perkhidmatan berita ialah organisasi yang

mengumpulkan dan mengedarkan berita.

Kebanyakan akhbar dan stesen radio serta

televisyen bergantung pada perkhidmatan berita

untuk mendapat berita dalam negara dan

antarabangsa. Beberapa buah akhbar dan stesen

menghantar wartawannya sendiri untuk

memperoleh berita dalam negara dan luar negara.

Perkhidmatan berita berkembang dari organisasi

yang diwujudkan di Eropah pada tahun 1820-an dan

tahun 1830-an untuk membekalkan berita ekonomi

kepada klien persendirian. Perkhidmatan berita

pada suatu masa dahulu dikenali sebagai

perkhidmatan wayar kerana wartawan menghantar

laporan mereka melalui wayar ke alat percetakan

yang disebut sebagai telemesin taip.

UMUM 
1234

Kembali ke atas