Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Kecil umpan besar ikan.

Bermaksud :

Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERNAKAN

Ternakan adalah haiwan peliharaan jinak yang

dipelihara untuk menghasilkan makanan dan hasil

lain yang berharga. Kulit sesetengah ternakan

menghasilkan bahan-bahan yang juga penting

seperti barangan kulit dan bulu. Pelbagai organ

ternakan menghasilkan ubat-ubatan bagi kegunaan

orang ramai.

UMUM 
SISAL

Sisal ialah nama dua tumbuhan tropika yang

mempunyai daun bak pedang yang menghasilkan

serat yang berharga. Tumbuhan ini, henequen dan

sisalana, menghasilkan serat yang sepanjangnya 50

sentimeter hingga 130 sentimeter, yang digunakan

terutamanya untuk membuat tali pintal. Sisalana

menghasilkan serat yang lebih kuat daripada

henequen. Henequen ditanam di Cuba, El Salvador,

dan Mexico, sementara sisalana ditanam di timur

Afrika, Brazil, Haiti, dan Jawa. Sisal juga dikenal

sebagai hem sisal.

UMUM 
SHUTE, NEVIL

Shute, Nevil (1899–1960) ialah penulis Inggeris

yang menghasilkan novel paling laris tentang

pengembaraan dan cerita yang penuh ketegangan.

Dia menerbitkan novel sulungnya, Marazan pada

tahun 1926. Dia berjaya menghasilkan lebih

daripada 20 buah novel yang terkenal termasuk

No Highway (1948), A Town Like Alice (1949), dan

On the Beach (1953). Shute lahir di Ealing, London.

Nama penuhnya ialah Nevil Shute Norway. Dia

mendapat ijazah dari Oxford University selepas

berkhidmat sebagai juruterbang semasa Perang

Dunia I. Dia berjaya dalam kerjayanya sebagai

pereka bentuk dan pembuat pesawat terbang.

Pengetahuannya yang khusus menghasilkan novel

yang benar-benar tulen. Semasa Perang Dunia II,

dia bertugas sebagai pereka bentuk senjata

dengan Tentera Laut. Selepas perang, dia menetap

di Australia.

UMUM 
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI)

Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan

elektronik yang menghasilkan semula bunyi

dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti

tinggi direka bentuk untuk mengekalkan

ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan

herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini

sering juga digelar sebagai sistem bunyi

stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan

bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi

pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran

yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini,

sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan

semula dari arahnya yang betul.

UMUM 
PROJEK MANHATTAN

Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan

Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk

menghasilkan bom atom yang pertama.

Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah

Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District

yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan)

Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert

Oppenheimer memberikan arahan tentang reka

bentuk dan pembinaan bom tersebut.

Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di

tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak

Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington.

UMUM 
SEL BAHAN API

Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan

elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu

bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api

dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada

dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik

berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik

terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara

yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri

adalah bahan api dan pengoksida dan habis

digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel

bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah

dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah.

UMUM 
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN

Mesin gerakan berpanjangan ialah alat

hipotetikal yang boleh secara berterusan

menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara

berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya

kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan

lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya.

Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin

gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli

sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang

akan berjaya membinanya.

UMUM 
ORFF, CARL

Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan

pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya

utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya

menggabungkan muzik instrumental, nyanyian,

dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan

persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu

yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat.

Dia menggunakan peralatan perkusi untuk

menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga.

Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman

Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa

yang dinyanyikan secara serentak.

UMUM 
MAJOLICA

Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh

dengan oksida timah untuk menghasilkan warna

putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja

sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar

belakang yang putih dengan oksida logam yang

lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai

warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu

dibakar. Majolica diberi nama sempena nama

pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar

dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan

tembikar ini berkembang di seluruh Itali.

UMUM 
KEELEKTROMAGNETAN

Keelektromagnetan ialah cabang fizik yang

mengkaji hubungan antara elektrik dengan

kemagnetan. Elektrokemagnetan berdasarkan fakta

bahawa (1) arus elektrik atau medan elektrik yang

berubah menghasilkan medan magnet, dan

(2) medan magnet yang berubah menghasilkan

medan elektrik.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas