Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.ya.ti] | مڠحياتي

Definisi : mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.ya.ti] | مڠحياتي

Definisi : mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HANAMI

Hanami ialah perayaan menghayati bunga sakura yang berkembang.

BUDAYAPerayaan/Upacara
STANISLAVSKI, KONSTANTIN

Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama

pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal

Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang

sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya

menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan

mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah

wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak

sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.”

UMUM 
THOMPSON, FRANCIS

Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair

Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi

yang menggambarkan kepercayaannya yang

mendalam terhadap Roman Katolik. “ The Hound of

Heaven ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal.

Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ

sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami

dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang

terawang-awang.

UMUM 
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
TILAWAH AL-QUR'AN

TILAWAH AL-QUR’AN, perujian membaca al-Qur’an yang merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan di Malaysia. Perkataan ‘tilawah’ bererti ujian. Sebelum ini; tilawah dikenal dengan musabaqah al-Qur’an yang bermakna membaca al-Qur’an. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan umat Islam menghayati al-Qur’an, membacanya, mempelajari hikmah isi kandungannya dan menghafalnya. Ini selaras dengan agama Islam sebagai agama rasmi.

BUDAYAPeristiwa
SENI UNTUK MASYARAKAT

SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas.  Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik.

SASTERAKonsep
NASYID

NASYID , persembahan nyanyian sama ada secara solo ataupin beramai-ramai untuk menyampaikan mesej yang murni yang berlandaskan al-Qur’an dan sunnah. Persembahan bahan nasyid biasanya disampaikan tanpa atau dengan iringan muzik di majlis bercorak keagamaan, misalnya di tilawah membaca al-Qur’an, majlis ihtifal sekolah, sambutan ma’al hijrah atau maulid nabi. Nasyid juga merupakan media dan satu cara berkesan menyampaikan mesej dalam berdakwah yang menitikberatkan akidah, syariah dan akhlak. Lagu yang disampaikan memuji kebesaran Tuhan, menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di samping nasihat dan syair Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi

Kembali ke atas