Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hen.da.ki]/[meng.hen.da/.ki] | مڠهندقي

Definisi : hendak (mahu) akan, meng­in­gini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hen.da.ki]/[meng.hen.da/.ki] | مڠهندقي

Definisi : mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Peribahasa

Minta tanduk pada kuda.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANDAMUS

Mandamus ialah suatu perintah mahkamah yang

menghendaki seseorang, mahkamah rendah,

pegawai kerajaan atau pegawai swasta melakukan

kerja-kerja awam.

UMUM 
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 
SEPINA

Sepina ialah perintah undang-undang bertulis

atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi

testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut

berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub ,

yang bermakna di bawah , dan peona yang

bermakna denda atau penalti . Seseorang yang

menerima sepina hendaklah mematuhinya,

dengan pengertian dia akan menerima penalti

kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa

Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum

(bermakna membawa bersama-sama anda dengan

penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke

mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas,

buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain.

Lihat juga Saksi .

UMUM 
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 

Kembali ke atas