Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah penggubah Rusia yang pertama memperoleh kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh pengorkestraan yang mempunyai bakat yang sangat unggul dalam menggabungkan bunyi instrumental dan mencapai kesan orkestra yang merangsangkan. Dia juga memiliki bakat mengarang melodi yang sangat istimewa. Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai penggubah muzik yang pada dasarnya penuh kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat menghibakan, terutama gerak terakhir dalam Symphony No. 6 yang digubahnya. Walau bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang penuh semangat, seperti Marche Slave dan overtur “1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni Romeo dan Juliet ; muzik balet yang bertenaga seperti dalam Nutcracker Suite ; dan simfoni yang berkesan. |