NYANYIAN KANAK-KANAK | Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak- kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang. | UMUM | |
KARTUN | Kartun ialah lukisan atau siri lukisan yang menerangkan sesuatu cerita atau menjelaskan sesuatu mesej. Kartun mungkin menghiburkan, mendidik atau memberi komen tentang seseorang, sesuatu kejadian ataupun perkara. | UMUM | |
STRAUSS, JOHANN, SR. | Strauss, Johann, Sr. (1804–1849) ialah penggubah muzik Austria yang dikenali sebagai “Bapa Waltz”. Dia juga adalah penggesek biola dan pemimpin orkestra popular yang memainkan muzik ringan yang menghiburkan. Beberapa orang anak lelakinya, terutama Johann Strauss, Jr., terkenal kerana menggubah dan memimpin muzik waltz. | UMUM | |
AUBREY, JOHN | Aubrey, John (1626–1697), pengarang dan antikuari, yang paling diingati tulisannya, Brief Lives , sebuah koleksi anekdot mengenai tokoh- tokoh terkenal seperti Francis Bacon, Ben Jonson dan Sir Walter Raleigh. Ia menghiburkan, kadang-kala berunsur fitnah dan sering tidak tepat. Sebagai seorang antikuari, Aubrey menemui bulatan batu besar di Avebury dan lubang di Stonehenge yang dinamakan sempena namanya. Dia mencadangkan bahawa Stonehenge dan bulatan batu lain pada asalnya adalah kuil Druids. Aubrey lahir di Easton Piercy, berhampiran Chippenham, di Wiltshire, England. | UMUM | |
KUCING | Kucing ialah haiwan kesayangan kegemaran manusia di seluruh dunia. Kucing adalah pintar dan mempunyai sifat berdikari. Haiwan kecil ini juga suka bermain-main dan menghiburkan. Banyak kucing dijadikan haiwan kesayangan yang penyayang, setia, dan menjadi teman bagi manusia semua peringkat umur. | UMUM | |
SCHERZO | Scherzo ialah gubahan muzik yang pendek dan rancak. Istilah ini digunakan untuk memerikan pergerakan ketiga simfoni empat bahagian, sonata, atau gubahan muzik kamar. Kebanyakan scherzo bercirikan irama rancak dan perubahan mendadak dalam ritma, dan berentak lucu serta menghiburkan. Scherzo juga meliputi bahagian bertentangan yang dikenali sebagai trio. Trio dalam kebanyakan keadaan, lebih senyap dan lebih berirama daripada scherzo lain. Penggubah Jerman, Ludwig van Beethoven memperkenalkan scherzo dalam beberapa gubahannya pada tahun 1800. Pakar scherzo yang terkemudian termasuk Felix Mendelssohn dari Jerman, Anton Bruckner, dan Gustav Mahler dari Austria, dan Bela Bartok dari Hungary. | UMUM | |
PENGLIPUR LARA | PENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu. Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya. Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat. Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
LI BO | Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga China yang agung. Namanya dieja dengan beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan gambaran romantiknya tentang alam semula jadi, terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya. Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi tentang etika dan norma kesusilaan. | UMUM | |
MUZIK POPULAR | Muzik popular ialah muzik yang mendapat tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah ini sering digunakan untuk membezakannya daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang agak rumit dipersembahkan oleh pemain instrumental solo, kuartet bertali, orkestra simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang merasakan bahawa muzik popular mudah dan menghiburkan sementara muzik klasik pula serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney, adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta pendengar. Malah sesetengah muzik klasik seperti beberapa karya piano Chopin telah diadaptasikan sebagai lagu popular. | UMUM | |
PIDATO UMUM | Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang berkesan merupakan satu bahagian penting dalam latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu membuat keputusan untuk mengambil tindakan atau benar-benar mengubah pandangan mereka. Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak mereka mempamerkan sambutannya melalui tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan mereka terhibur. | UMUM | |