ANALGESIK | Analgesik ialah sebarang dadah yang menghilangkan rasa sakit tanpa menyebabkan ketidaksedaran. Manusia menggunakan pelbagai analgesik untuk menghilangkan atau mengurangkan banyak jenis kesakitan. Aspirin, analgesik yang relatifnya ringan, menghilangkan sakit kepala, sakit otot, dan beberapa ketidakselesaan kerana selesema. Doktor mungkin mempreskripsi analgesik yang lebih kuat, seperti Codeine, bagi kesakitan yang teruk akibat kecederaan belakang badan, luka terbakar yang serius, dan penyakit seperti kanser. | UMUM | |
ELIKSIR | Eliksir ialah satu bahan beralkohol manis yang digunakan untuk menghilangkan rasa ubat-ubatan. | UMUM | |
TERAPI KELATION | Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat jenis chelate (bersebati kuat) dengan ion logam menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation yang paling terkenal adalah di dalam merawat arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti raksa dan plumbum. | UMUM | |
ANESTETIK | Anestetik merupakan satu cabang perubatan yang berkaitan dengan penggunaan dadah untuk menghilangkan kesakitan dan tekanan semasa pembedahan dan bersalin. Doktor dalam bidang ini dinamakan pakar bius. Dia menguruskan dadah yang disebut anestetik. | UMUM | |
PARU-PARU HITAM | Paru-paru hitam ialah penyakit paru-paru yang menghilangkan upaya, yang kerap dihidapi oleh pelombong arang. Penyakit ini, juga dikenali sebagai pneumokoniosis pelombong arang, disebabkan pelombong menyedut habuk arang pada jangka masa yang lama. | UMUM | |
ARANG | Arang ialah bahan berwarna hitam, yang rapuh dan mempunyai banyak kegunaan. contohnya, arang digunakan dalam pigmen (bahan pewarna); dalam penapis untuk menghilangkan warna, rasa dan bau yang tidak dikehendaki; sebagai bahan bakar; dan sebagai alat melukis. | UMUM | |
DIATERMI | Diatermi ialah satu kaedah rawatan untuk kerosakan otot dan sendi dan juga penyakit lain dengan menghasilkan tenaga haba dalam tisu di bawah kulit. Diatermi khususnya digunakan untuk menghilangkan kesakitan pada otot, ketegangan otot dan kesakitan, serta radang sendi. | UMUM | |
TANAH FULLER | Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika. Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat Penyerapan dan penjerapan ). | UMUM | |
AHLI SILAP MATA | Ahli silap mata ialah penghibur yang mempersembahkan muslihat yang kelihatan mustahil. Ahli silap mata mencabut wang kertas dari udara dan menukar sebiji oren menjadi tiga biji oren. Mereka membaca minda orang dan mengeluarkan berbalang-balang ikan emas dari sehelai skarf. Malah mereka juga menghilangkan seseorang daripada pandangan. | UMUM | |
MÖRIKE, EDUARD | Mörike, Eduard (1804–1875) ialah penyair lirik Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya Mörike banyak yang membayangkan suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah lampu usang dalam rumah musim panas, atau sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di satu sudut. | UMUM | |