MUSTERING | Mustering ialah proses menghimpunkan biri-biri dan lembu. Ia adalah aktiviti penting di ladang ternak yang besar di Australia dan New Zealand. Mustering biasanya dilakukan oleh individu yang dikenali sebagai musterer, apabila ia perlu dibilang atau apabila ia akan dijual atau disembelih atau apabila biri-biri perlu dicukur bulunya. Mustering adalah kerja yang lama dan sukar, terutamanya di ladang ternak yang besar di barat laut Australia. Ramai pemilik ladang ternak menggunakan kapal terbang ringan untuk mengesan haiwan ternakan mereka. | UMUM | |
PENGUCAPAN PUISI DUNIA KUALA LUMPUR (PPDKL) | Kegiatan sastera yang menghimpunkan penyair dari seluruh dunia. | SASTERA | Kegiatan |
SUKAN ASIA | Sukan Asia ialah salah satu pertandingan sukan yang penting di dunia. Hanya Sukan Olimpik yang menghimpunkan lebih ramai atlet, penonton dan acara dipertandingkan. | UMUM | |
ANTOLOGI PUISI | Antologi puisi ialah sejenis hasil penerbitan buku yang menghimpunkan karya berbentuk puisi dalam sebuah buku, yang dihasilkan oleh lebih daripada seorang pengarang. | SASTERA | Konsep |
SURAH AL-TAGHABUN | Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 18 ayat. Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipumenipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al- Taghabun (tipu-menipu)...”. (Surah al-Taghabun 64:9) | UMUM | |
BALAI SENI LUKIS NEGARA | BALAI SENI LUKIS NEGARA, balai pameran yang menghimpunkan karya pelukis Malaysia. Idea untuk menubuhkan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah ditimbulkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan Malaya pada tahun 1954. Pada awal tahun 1958, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebahagian daripada bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman untuk kegunaan sementara BSLN. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DAFTAR ISTILAH MBIM | DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut. | BAHASA | Karya |