Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hin.dar.kan] | مڠهيندرکن

Definisi : mengelakkan (menjauh­kan, menyingkirkan) drpd, membiarkan: angkatan udara kita telah dapat ~ pe­ngeboman atas ibu kota; jawaban yg demikian sebenarnya tidak dapat mengelak­kan pertanyaan dan ~ persoalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hin.dar.kan] | مڠهيندرکن

Definisi : menolak jauh-jauh; menjauhkan; menyingkirkan; mengetepikan; mengesampingkan: Undang-undang telah digubal utk ~ perbuatan rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hindar
Kata Terbitan : menghindari, menghindarkan, terhindar, penghindaran,

Peribahasa

Takut akan lumpur,
     lari ke duri.

Bermaksud :

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGEN DEODORAN

Agen deodoran ialah sejenis bahan atau alat

yang boleh menghindarkan atau mengurangkan bau

yang tidak enak atau bau hapak. Bau yang sebegini

dikenali sebagai malodour.

UMUM 
PALANG MERAH

Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas

untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih

daripada 170 buah negara mempunyai persatuan

Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan

kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau

bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh

dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka.

Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan

semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk

semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan

agama.

UMUM 

Kembali ke atas