Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.sap] | مڠهيسڤ

Definisi : memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.sap] | مڠهيسڤ

Definisi : menarik minum­an, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisap
Kata Terbitan : menghisap, hisapan, penghisapan, penghisap,

Peribahasa

Seperti pacat melompat.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM 
PINJAL

Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang

hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap

darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang

berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang

menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman

penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain

rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan

penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat

Tifus; Wabak bubonik.

UMUM 
NEKTAR

Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh

kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga

ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar

biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan

serangga terpaksa mengesat debunga untuk

sampai ke nektar. Serangga membawa debunga

dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah

mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi

madu.

Lihat juga Lebah (Membuat madu).

UMUM 
PAIP PERDAMAIAN

Paip perdamaian juga dikenali sebagai calumet,

ialah istiadat menghisap paip tembakau yang

diamalkan oleh masyarakat Orang Asli Amerika di

Amerika Utara sebagai tanda keamanan dan

persahabatan.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 
SUCKER

Sucker ialah nama yang diberi kepada beberapa

jenis ikan yang berkaitan rapat dengan famili

minnow. Kebanyakannya mempunyai mulut yang

bibirnya tebal berisi yang membantunya

menghisap haiwan dan tumbuhan di dasar tasik

dan anak sungai. Sucker berwarna malap kecuali

pada musim bunga, apabila sesetengah spesies

sucker jantan bersirip kuning hingga merah dan

berjalur warna ros atau jingga.

UMUM 
STOKER, BRAM

Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British,

telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu

cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman.

Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang

bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh

yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania

(kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa

ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar

menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa,

menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya

yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England

dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya

dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh.

“Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang

asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak

diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang

ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea

(1902) dan Famous Imposters (1910).

UMUM 
MEROKOK

Merokok ialah proses menyedut asap tembakau

daripada rokok, cerut atau paip ke dalam mulut

dan biasanya ke dalam paru-paru juga, sebelum

menghembusnya keluar. Istilah ini biasanya

merujuk kepada tabiat menghisap rokok, iaitu cara

merokok yang paling biasa.

UMUM 
KELAWAR PENGHISAP DARAH

Kelawar penghisap darah ialah nama

beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi

terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika

Tengah dan bahagian tropika Amerika yang

menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain

haiwan berdarah panas, dan menghisap darah

mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar

penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna

perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter

panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi

tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau

cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak

membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir.

UMUM 
SENGKENIT LEMBU

Sengkenit lembu , juga dikenali sebagai

sengkenit demam Texas, ialah pembawa penyakit

demam Texas, sejenispenyakit lembu. Sengkenit

ini berbentuk bulat dan berwarna perang

berangan. Ia membawa organisma bersel

satu yang menyebabkan penyakit

tersebut. Sengkenit ini menyuntik organisma

satu sel tersebut ke dalam badan lembu

dengan air liurnya semasa ia

menghisap bendalir badan lembu.

Organisma satu sel ini akan membiak

dalam darah lembu dan memusnahkan korpuskel

darah merah.

UMUM 
12

Kembali ke atas