Asap terdiri daripada zarah pepejal dan cecair yang terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil yang terampai di dalam gas. Asap terbentuk terutamanya daripada zarah karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan api. Asap boleh membahayakan paru-paru. Asap juga menghitamkan bangunan, menghakis logam, dan merosakkan tumbuhan. Semua ini mengakibatkan kerugian ekonomi yang besar. Asap mempunyai sedikit kegunaan. Ini termasuklah mengawet daging, menghasilkan isyarat tentera berwarna, dan melindungi dusun daripada kesan fros. |