Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bu.ngi] | مڠهوبوڠي

Definisi : 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (mela­lui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapat­kannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan se­hing­ga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, me­nuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu di­hubungi dgn ketawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bu.ngi] | مڠهوبوڠي

Definisi : mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAVENNA

Ravenna (pend. 135 844) ialah bandar di utara Itali

yang terkenal dengan khazanah kesenian dan seni

bina. Bandar ini juga adalah pusat pertanian dan

pembuatan. Sebuah terusan sepanjang 10

kilometer menghubungi Ravenna dengan Laut

Adriatik. Untuk lokasi Ravenna, lihat Itali (peta

politik).

UMUM 
ABIDJAN

Abidjan (pend.1 850 000 ) ialah ibu negara dan

bandar terbesar Ivory Coast. Ia juga salah sebuah

pelabuhan yang paling sibuk di bahagian barat

Afrika. Bandar ini terletak di pinggir sebuah lagun di

bahagian selatan negara itu. Sebatang terusan

menghubungi lagun dengan Teluk Guinea, yang

merupakan sebahagian Lautan Atlantik (lihat Ivory

Coast [peta]).

UMUM 
DUKUN

DUKUN, pengamal pengubatan tradisional. Ada pelbagai jenis dukun antaranya termasuklah dukun bayi (bidan), dukun picit (bomoh urut), dukun prewangan (bomoh yang boleh menghubungi semangat), dukun jalak (mudin), dukun wiwit (pawang yang pakar dalam upacara menuai), dukun temanten (pawang yang arif dalam upacara berhubung dengan perkahwinan), dukun petungan (dukun yang mahir dalam hal ramalan melalui pengiraan angka), dukun sihir dan dukun susuk.

BUDAYAKonsep
DIALEK MELAYU MANADODIALEK MELAYU MANADO, dialek yang dituturkan oleh sebahagian penduduk di Sulawesi Utara, Indonesia. Sejak abad ke-16, sebahagian kecil daerah itu terlibat dalam jaringan perdagangan Asia Tenggara. Keterlibatan itu lebih nyata pada zaman kolonial kerana berturut-turut orang Portugis, Sepanyol dan Belanda menghubungi dan menguasai beberapa daerah pesisiran Sulawesi Utara.BAHASABahasa
BAHASA MELAYU MANADOBAHASA MELAYU MANADO, dialek yang dituturkan oleh sebahagian penduduk di Sulawesi Utara, Indonesia. Sejak abad ke-16, sebahagian kecil daerah itu terlibat dalam jaringan perdagangan Asia Tenggara. Keterlibatan itu lebih nyata pada zaman kolonial kerana berturut-turut orang Portugis, Sepanyol dan Belanda menghubungi dan menguasai beberapa daerah pesisiran Sulawesi Utara.BAHASABahasa
‘ABD AL-RAHMAN AL-DAKHIL‘Abd al-Rahman al-Dakhil (113 H.-172 H./731M.-

788M.) terkenal dengan gelaran saor quraysh;

dan dikenali pula dengan al-Dakhil kerana

kemasukannya ke Andalus dan seterusnya

mengasaskan Kerajaan Umayyah di sana. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Mu’awiyah ibn

Hisham ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan. Dia lahir di

Damsyik dan membesar dalam keadaan yatim. Dia

telah berjaya melepaskan diri daripada ancaman

golongan Abbasiyyah sewaktu mereka merampas

kuasa Kerajaan Umayyah di Syam. Kebanyakan

orang Umawiyyah telah dibunuh. ‘Abd al-Rahman

bersembunyi dan berjaya menyusup keluar

hinggalah dia tiba di Maghribi. Di sana, dia bertemu

pula dengan hambanya Badar dan mendapat biaya

sara hidup daripada saudara perempuannya Ummu

al-Isba. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya

daripada Kabilah Tafzawah yang berbangsa Tartar.

Ibunya berasal dari suku kaum ini.

Di sini dia telah menghubungi golongan

Umawiyyah di Andalus dengan menghantar Badar

sebagai utusannya. Lantas dikirimkan satu pasukan

yang terdiri daripada para pembesar Umawiyyah

dan mereka memberi sumpah setia kepada ‘Abd al-

Rahman.

UMUM 

Kembali ke atas