SEGENTING | Segenting ialah jalur tanah sempit yang menghubungkan tanah besar. Sesetengah segenting menghubungkan dua benua. Segenting Panama menghubungkan Amerika Utara dengan Amerika Selatan. Segenting yang lain pula menghubungkan benua dengan semenanjung. Segenting Kra terletak di antara Thailand (Siam) di Asia dengan Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia). | UMUM | |
TISU PENGHUBUNG | Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) tisu penghubung sempurna yang lembut, (2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Rawan dan Tulang . | UMUM | |
DARDANELLES | Dardanelles ialah selat yang menghubungkan Laut Aegean dengan Laut Marmara. Selat ini merupakan sebahagian daripada jalan air dari Laut Hitam ke Laut Mediterranean. | UMUM | |
SELAT GIBRALTAR | Jalur air sempit dan pendek yang menghubungkan Laut Mediterrranean dan Lautan Atlantik. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
SUNGAI NIAGARA | Sungai Niagara ialah sungai pendek yang menghubungkan Tasik Erie dengan Tasik Ontario. Sungai ini membentuk sebahagian daripada sempadan antara negeri New York, Amerika Syarikat, dengan wilayah Kanada, Ontario. Air dari Tasik-tasik Besar kecuali Tasik Ontario mengalir masuk ke Sungai Niagara. Sebahagian besar air ini mengalir masuk ke Air Terjun Niagara, yang terletak kira-kira di pertengahan aliran Sungai Niagara. | UMUM | |
TERUSAN CALEDONIA | Terusan Caledonia ialah sistem terusan dan pintu air menghubungkan loch (tasik) yang terbentang di Glen Mòr, Scotland. Terusan ini mengalir dari Loch Linnhe di barat daya merentangi kawasan tanah tinggi terus ke Loch Lochy, Oich dan Ness ke Inverness Firth di Timur Laut. Panjang terusan ini kira-kira 100 kilometer. | UMUM | |
TALI PUSAT | Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang menghubungkan janin (bayi yang belum dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri membawa darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa darah yang mengandungi oksigen dan bahan makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen bayi, dengan berhati-hati. | UMUM | |
KATA HUBUNG | Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, dan ayat. Kata conjunction dalam bahasa Inggeris berasal daripada dua kata Latin yang bermakna bergabung dengan . | UMUM | |
TEROWONG SELAT | Terowong Selat ialah rangkaian kereta api bawah laut yang menghubungkan United Kingdom dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu daripada projek kejuruteraan utama dunia pada tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong berkembar itu terdapat terowong landasan kereta api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone, England , dan di Calais, Perancis. | UMUM | |
TALIAN SEGERA | Talian segera ialah sistem dua hala telegraf-teleprinter yang menghubungkan Washington D.C., dengan Moscow. Talian segera ini dikenali dengan nama rasmi Direct Communications Link . Talian ini membolehkan Presiden Amerika Syarikat dan Presiden Rusia berhubung secara terus dan serta-merta apabila sesuatu krisis antarabangsa berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan risiko berlakunya peperangan disebabkan oleh salah faham. | UMUM | |