Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.ni] | مڠهوني

Definisi : 1. mendiami, menduduki: meng­apa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.ni] | مڠهوني

Definisi : duduk atau tinggal di; mendiami; menduduki: Selama ia pergi, sayalah yg ~ rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huni
Kata Terbitan : berhuni, menghuni, penghuni, berpenghuni,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABOMINABLE SNOWMAN

Abominable Snowman dikenali juga sebagai

Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah

menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung

lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti

ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil

di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut

legenda, Abominable Snowman, ialah seekor

haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet

besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai

lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan

tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga

menceritakan bahawa Abominable Snowman

kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang

penduduk kampung. Nama Abominable Snowman

mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,

iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.

Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum

Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan

ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya

dan mungkin juga merujuk kepada raksasa

gunung dan bukannya makhluk sebenar.

UMUM 
MEADOWLARK

Meadowlark ialah nama biasa bagi dua spesies

burung yang sama di Amerika Utara yang

menghuni padang berumput, padang rumput dan

prairie.

UMUM 
BINTULU

BINTULU,  bandar perindustrian dan kosmopolitan di Sarawak.  Bagi orang Bintulu yang menghuni Muara Batang Kemena, Bintulu bermaksud air campuran atau batulan (kepala panjang) atau metuk ulau  (memungut kepala).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas