DIRAJA | Diraja ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan kuasa dan harta benda raja sebagai ketua kerajaan. Istilah ini dirujuk hanya kepada jawatan yang disandang oleh raja dan bukannya kepada raja itu sebagai seorang individu. | UMUM | |
MICHENER, JAMES ALBERT | Michener, James Albert (1907–1997) ialah pengarang Amerika yang telah memenangi Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific (1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II. Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi cerita Michener. | UMUM | |
PESISIR | PESISIR, kawasan pantai yang digunakan untuk menghuraikan kebudayaan sekelompok masyarakat di perairan Kepulauan Melayu. Konsep ini diperkenalkan oleh Pigeaud, sarjana Belanda, dalam bukunya Islamic States in Java (1938). Tamadun pesisir ini muncul pada zaman kegemilangan perdagangan rempah dari abad ke-14 hingga abad ke-18, apabila masyarakat di persisiran pantai berhubung dengan dunia luar melalui perdagangan antarabangsa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KESATERIA DAN KESATERIAAN | Kesateria dan kesateriaan. Perkataan kesateria berasal daripada perkataan Inggeris Lama knight, yang bermaksud orang gaji peribadi. Orang Inggeris menggunakan perkataan itu untuk menghuraikan askar berkuda Perancis yang mula- mula tiba di England selepas penaklukan Norman pada tahun 1066. Kesateria hanya pahlawan yang dilengkapi dan dilatih untuk bertempur sambil menunggang kuda. | UMUM | |
THE MALAY SOUND SYSTEM | THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966. | BAHASA | Penerbitan |
BROWN, ROBERT | Brown, Robert (1773–1858) ialah doktor dan ahli botani Scotland. Dia menemui nukleus dalam sel hidup, dan menghuraikan agitasi zarah mikroskop, yang dikenali sebagai gerakan Brown. | UMUM | |
BORN, MAX | Born, Max (1882–1970) ialah ahli fizik Jerman yang memainkan peranan utama dalam memajukan mekanik kuantum. Bidang fizik ini menghuraikan struktur atom dan pergerakan zarah atom. Born berkongsi Hadiah Nobel tahun 1954 dalam bidang fizik kerana usahanya. | UMUM | |
MENGAIT | Mengait ialah satu kaedah membuat kain dengan menggelungkan benang di sekeliling jarum mengait dengan yang lain menggunakan satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf, dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian tersebut dapat meregang dan kembali semula kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil (Kain yang dikait). | UMUM | |
MYRDAL, GUNNAR | Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya, An American Dilemma: The Negro Problem and Modern Democracy (1944) dianggap sebagai kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara mundur telah menghasilkan penulisan berjudul Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca terlalu ramai penduduk miskin di bahagian selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan. | UMUM | |
SASTERA KETATANEGARAAN | SASTERA KETATANEGARAAN, kitab yang bertujuan memberi pelajaran kepada anak-anak raja atau raja perihal pentadbiran negeri. Pada abad ke-14, terdapat kitab Machiavelli di Eropah berjudul II Principe (Sang Raja). Dalam kitab ini, Machiavelli menghuraikan cara pemerintahan yang harus diamalkan oleh seorang raja. Di India, terdapat kitab Kautilya-Arth-Sastera yang mengutamakan cara pemerintahan yang baik. Pancatantra pada mulanya juga merupakan buku pelajaran politik untuk anak-anak raja. | SASTERA | Konsep |