Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.bas] | مڠيبس

Definisi : 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.bas] | مڠيبس

Definisi : bergerak-gerak spt melambai atau spt mengipas sesuatu: Telinga gajah selalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengibas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERBUK BALAM

Merbuk balam ialah merbuk kecil yang

membiak di hutan jarang dan desa lapang di

Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk

balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke

selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia

terbang pantas dan terbang terus sambil

mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam

memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi

kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga.

Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam

betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar

nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput.

Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina

menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika

Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai

merbuk balam.

UMUM 
KIPAS

Kipas. Pada zaman dahulu, manusia mendapat

tahu bahawa mereka dapat menyejukkan badan

dalam cuaca panas dengan mengibaskan daun di

udara untuk menghasilkan angin. Orang Assyria

dan Mesir zaman dahulu menggunakan kipas

tangan yang diperbuat daripada daun palma.

Orang kaya mempunyai hamba yang mengipas

mereka dengan menggunakan daun besar. Kipas

digunakan juga untuk mengibas lalat daripada

bekas yang mengandungi air suci di gereja kira-kira

pada tahun 300 M hingga tahun 1300 M.

UMUM 

Kembali ke atas