Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kat] | مڠيکت

Definisi : 1 membuat jadi berikat (dgn tali dll); membebat; memberkas: Dia ~ kepalanya dgn sapu tangan sbg ganti kopiah. ~ tangan pencuri. 2 memberi berbingkai (bkn batu permata dsb); membuat jadi berbingkai: ~ intan dgn suasa. 3 ist menjadikan sesuatu dlm bentuk yg stabil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Putus tali mengikat tangga,
     Mari diikat tali mengkuang;
Putus hati pandang ke janda,
     Kerana janda anak seorang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Angan-angan mengikat tubuh.

Bermaksud :

Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIGATUR

Ligatur ialah benang yang digunakan dalam

pembedahan untuk mengikat saluran darah

yang mengalami pendarahan. Pakar bedah tidak

menggunakan ligatur secara meluas sehingga

pembedahan yang bebas daripada kuman

dimajukan pada pertengahan tahun 1800-an.

UMUM 
LIGAMEN

Ligamen ialah tisu berserat yang memegang

organ badan dan mengikat tulang. Ligamen

terkumpul bersama dalam bentuk korda, jalur, atau

lembaran. Ia adalah sekuat tali. Kehelan berlaku

apabila ligamen yang meliputi sendi terkoyak

atau terpiuh.

UMUM 
TABIAT

Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh

seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir

bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan

yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat.

Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali

kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap

tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut.

Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah

laku yang semula jadi, bukannya perkara yang

dipelajari (lihat Naluri ).

UMUM 
SIMPULAN GORDIAN

Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan

yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat

Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk

mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos,

Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana

nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan

barang siapa yang boleh membuka simpulan

Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang

mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar

Agung memotong simpulan itu dengan

pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia

telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah

ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh

menukarkan semua benda menjadi emas.

Ungkapan memotong simpulan Gordian

bermakna menyelesaikan masalah yang sukar

dengan cara yang mudah.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
METALURGI SERBUK

Metalurgi serbuk ialah proses yang menurunkan

logam kepada bentuk serbuk dan menekan serbuk

itu menjadi bentuk agak terbatas. Proses pemanasan

yang dikenali sebagai pensinteran digunakan untuk

mengikat serbuk logam dan menambah kekuatan

kepada keluaran siap (lihat Pensinteran).

UMUM 
KUARZIT

Kuarzit adalah sejenis batu yang kebanyakannya

terdiri daripada mineral kuarza. Kuarza

wujud sebutir-sebutir dan sebagai bahan yang

mengikat butir-butir ini. Kuarzit dikelompokkan

sebagai salah satu batu yang amat keras.

UMUM 
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 
ASMA' BINT ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Asma' bint Abu Bakar al-Siddiq (27 S.H.–73

H./595–692 M.) ialah sahabat Nabi Muhammad

s.a.w. Baginda menggelarkannya Zat al-Nitaqayn

yang bermaksud “yang mempunyai dua tali

pengikat”, kerana dia menyediakan makanan

untuk ayahnya, Abu Bakar r.a. dan Rasulullah s.a.w.

ketika mereka berhijrah ke Madinah. Oleh sebab

tidak terdapat sebarang tali untuk mengikat bekas

minuman, Asma’ terpaksa membelah tali

pinggangnya kepada dua bahagian dan mengikat

bekas minuman tersebut.

UMUM 
SIMEN DAN KONKRIT

Simen dan konkrit adalah antara bahan binaan

yang paling penting. Simen ialah serbuk halus,

berwarna kelabu. Simen dicampurkan dengan air

dan bahan seperti pasir, kelikir, dan batu hancur

untuk membuat konkrit. Simen bersama air

membentuk pes yang mengikat bahan-bahan lain

semasa konkrit itu mengeras. Kita sering

menyalahgunakan perkataan simen dan konkrit.

Misalnya, kita mungkin bercakap tentang “turapan

simen”, tetapi turapan itu sebenarnya dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
12

Kembali ke atas