Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk menyatukan tiga daripada empat daya asas yang dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah, (2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat. Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom. Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s. Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak berupaya mengesannya. |