Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nging.ka.ri] | مڠيڠکري

Definisi : memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nging.ka.ri] | مڠيڠکري

Definisi : tidak mahu menerima perintah (suruhan dll); tidak mahu membenarkan; menyangkal; menafikan: Sesiapa yg ~ undang-undang berkurung ini akan ditembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingkar
Kata Terbitan : mengingkari, keingkaran, pengingkaran, pengingkar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CERITA PARA NABI

CERITA PARA NABI, hasil sastera Melayu klasik yang disadur daripada sastera Parsi dan Arab. Cerita ini adalah untuk menyebarluaskan ajaran Islam, meningkatkan keimanan, menyampaikan sifat peribadi yang mulia dan untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada masyarakat Islam, supaya mereka dapat mengambil teladan daripada peristiwa yang menimpa golongan masyarakat yang mengingkari Allah dan sunah.

   

SASTERAKonsep
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 

Kembali ke atas