Purata Dow Jones merupakan statistik yang menunjukkan aliran harga saham dan bon di Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham New York . Dow Jones & Company, sebuah firma penerbitan kewangan, mengira purata taksiran setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap- tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata harga saham biasa daripada 30 firma industri, (2) purata saham biasa daripada 20 syarikat pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15 syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi. Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini. |