Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1. menemani utk mengawal dll, menyertai, mengikuti: hulubalang yg ~ Bendahara itu ialah Sang Setia, Sang Naya dan Sang Guna; 2. berlaku (terdapat) berserta atau berikutan dgn, me­nyertai, mengikuti: letupan yg dahsyat itu diiringi oleh dua letupan lagi; catatan yg mengiringi karya-karya mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : 1 menghalakan sisinya ke depan: Ketika bergambar tadi, dia duduk ~. 2 berbaring di atas sisi atau lambungnya: Puas meniarap, dia ~, puas ~, dia menelentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngi.ring] | مڠيريڠ

Definisi : berjalan dsb bersama-sama: Dia ~ saya ke sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengiring


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAL FRIGAT

Kapal frigat ialah kapal perang yang digunakan

untuk tugas mengiring dan meronda. Kapal ini

boleh melancarkan roket dan peluru torpedo

terhadap kapal selam.

UMUM 

Kembali ke atas