KOMIK | Komik ialah siri kartun yang mengisahkan sebuah cerita. Komik mungkin berupa lukisan bergambar yang disertai ayat. Perkataan komik juga bermaksud majalah, biasanya untuk kanak-kanak, yang mengandungi lukisan gambar dan bahagian- bahagian lain. | UMUM | |
KOMEDI MUZIK | Komedi muzik ialah sejenis drama yang mengisahkan sebuah cerita melalui gabungan dialog lisan, lagu, dan tarian. Komedi muzik juga dikenali sebagai muzikal. | UMUM | |
MORISOT, BERTHE | Morisot, Berthe (1841–1895), pelukis Perancis dan ahli terkemuka dalam pergerakan impresionis. Kebanyakan lukisan Berthe Morisot mengisahkan wanita yang kerap bersama-sama dengan anak-anak mereka yang berlatarbelakangkan kehidupan seharian di rumah. Morisot melukis subjek yang tersebut dalam satu gaya yang cerah dan lembut. Berthe Morisot juga melukis landskap yang dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Di samping lukisan minyak, dia juga dikenali dengan lukisan cat air dan pastel. | UMUM | |
SILLITOE, ALAN | Sillitoe, Alan (1928 – ) ialah pengarang dan penulis drama British yang terkenal dengan novel pertamanya, Saturday Night and Sunday Morning (1958) yang mengisahkan perihal kehidupan masyarakat pekerja kelas bawahan. Kemudian, dia menghasilkan pula koleksi cerita The Loneliness of the Long Distance Runner (1959). Cerita utamanya, yang memberikan judul kepada buku ini, menonjolkan wawasan minda seorang budak lelaki yang berada di sekolah boarstal. Sillitoe seterusnya menulis drama, puisi, beberapa banyak cerita pendek, dan novel. Antaranya termasuk Three Plays (1978), The Rats and Other Poems (1960), The Ragman’s Daughter (1963), dan The Victory (1982). Saturday Night and Sunday Morning dan The Loneliness of the Long Distance Runner telah dijadikan filem dan diminati ramai. | UMUM | |
PANTOMIM | Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya, pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty. | UMUM | |
TACITUS, CORNELIUS | Tacitus, Cornelius (kira-kira 55 M.–120 M.) ialah salah seorang ahli sejarah yang terkemuka di dunia. Hasil kerjanya yang penting ialah karyanya Histories yang mengisahkan tentang pemerintahan yang singkat oleh maharaja Galba, Otho dan Vitellius; dan Annals, yang menggambarkan sejarah orang Rom dari zaman pemerintahan Augustus ke Nero. | UMUM | |
AYCKBOURN, ALAN | Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan pengarah teater British, menjadi terkenal kerana komedinya. Banyak komedinya memaparkan pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi (kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di rumah hujung minggu yang sama dari sudut pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart (1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular (1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of Disapproval (1985) dan Henceforward (1987). Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal. | UMUM | |
MISTERI ELEUSINIA | Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos penculikan dan pengembalian anak perempuan Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades, dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang berkait dengannya dianggap memberi kehidupan sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa yang mengambil bahagian. Lihat juga Misteri. | UMUM | |
SNORRI STURLUSON | Snorri Sturluson (1179–1241) ialah penyair dan ahli sejarah Iceland, pada Zaman Pertengahan. Hasil karyanya yang utama ialah Heimskringla (Circle of the World ), yang mengisahkan sejarah raja Norway yang bermula dari asal usul mereka hinggalah ke zamannya, dan juga Prose Edda. Kemungkinan dia juga menulis The Saga of Egill Skallagrimsson, salah satu saga Iceland yang terbaik tentang seorang penyair hebat tahun 900- an, yang juga salah seorang nenek moyang Snorri. Snorri seorang yang kaya dan berkuasa di Iceland. Pada akhir hayatnya, dia terlibat dalam perebutan kuasa di Norway yang menyebabkan dia dibunuh atas arahan raja Norway. Lihat juga Edda. | UMUM | |
HIKAYAT RAJA PASAI | HIKAYAT RAJA PASAI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini mengisahkan sejarah negeri Pasai ketika negeri itu mula dibuka hinggalah Pasai jatuh diserang oleh Majapahit. | SASTERA | Karya |