Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngis.ti.lah.kan] | مڠيستيلهکن

Definisi : memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngis.ti.lah.kan] | مڠيستيلهکن

Definisi : memberikan istilahnya; menyebut sesuatu dgn perkataan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengistilahkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGAJIAN MELAYU DI THAILAND

PENGAJIAN  Melayu DI THAILAND, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di Thailand merupakan pengajian sampingan bermula bersama-sama penyebaran agama Islam khususnya di bahagian selatan Thailand.  Secara formalnya, pengajian Melayu di kawasan tersebut bermula di institusi pengajian agama yang dikenal sebagai sekolah pondok.  Di samping mempelajari agama Islam, pelajar diwajibkan mempelajari bahasa Melayu supaya mereka dapat memahami kitab agama yang ditulis dalam tulisan Jawi.  Struktur bahasa Melayu dipengaruhi struktur bahasa Arab.  Setelah sistem ejaan Rumi diperkenalkan di Malaysia dan Indonesia, maka sistem tulisan Rumi mula diperkenalkan di institusi-institusi tersebut supaya pelajar dapat membaca buku-buku agama yang diterbitkan dari negara jiran iaitu Malaysia dan Indonesia.  Walau bagaimanapun, tulisan Jawi lebih digemari daripada tulisan Rumi.  Kegemaran ini menyebabkan kerajaan Thailand mengistilahkan ‘bahasa Melayu’ sebagai ‘Bahasa Jawi’ dalam perlembagaannya.

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas