EDICT OF WORMS | Edict of Worms iaIah satu dekri (perintah) yang mengisytiharkan pemimpin Reformasi agama Kristian, Martin Luther seorang yang menyeleweng daripada agama Kristian, dan memerintahkan supaya dia dan pengikutnya tidak diberi perlindungan undang-undang. | UMUM | |
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN | Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika yang mengisytiharkan kebebasan daripada pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh kelahiran Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERTEMPURAN TOWTON | Pertempuran Towton (1461) merupakan pertempuran penentuan dalam Perang Ros. Edward, Earl of March, telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Edward IV England selepas kematian bapanya, Richard of York, dalam Pertempuran Wakefield. | UMUM | |
SLOVENIA | Slovenia ialah sebuah negara kecil dan bergunung-ganang yang terletak di Eropah tengah. Negara ini mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1991. Pada tahun 1918, Slovenia merupakan sebahagian daripada kerajaan Serb, Croat, dan Slovene, yang kemudiannya dinamakan Yugoslavia. Pada tahun 1946, Yugoslavia menjadi negara persekutuan yang terdiri daripada enam republik dan satu daripadanya ialah Slovenia. | UMUM | |
DIPONEGORO, PANGERAN | Diponegoro, Pangeran (1785–1855) ialah putera raja Jawa yang menentang Belanda dalam Perang Jawa (1825–1830). Kerajaan Indonesia mengisytiharkan Diponegoro sebagai wira kebangsaan. | UMUM | |
TBILISI | Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia. Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh. Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit, jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api. | UMUM | |
NAZARBAYEV, NURSULTAN | Nazarbayev, Nursultan (1940– ) ialah presiden Kazakhstan yang dilantik pada bulan Disember 1991. Kazakhstan yang sebelumnya merupakan republik dalam Kesatuan Soviet, mengisytiharkan kemerdekaan sebaik-baik sahaja selepas pilihan raya. | UMUM | |
TASHKENT | Tashkent (pend. 1 986 000) ialah ibu negara Uzbekistan , sebuah negara di Asia. Pada tahun 1991, sejurus sebelum Kesatuan Soviet dibubarkan, Republik Uzbek telah mengisytiharkan kemerdekaannya. | UMUM | |
PETITION OF RIGHT | Petition of Right ialah satu dokumen yang ditulis pada tahun 1628 oleh Parlimen Inggeris dan dikemukakan kepada Raja Charles I. Dokumen tersebut mengisytiharkan bahawa tindakan- tindakan yang tertentu oleh Raja tidak mengikut perlembagaan, seperti mengenakan cukai tanpa persetujuan Parlimen, menempatkan anggota tentera di rumah persendirian, menubuhkan kerajaan tentera dan memenjarakan rakyat dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang. | UMUM | |
TITO, JOSIP BROZ | Tito, Josip Broz (1892–1980), menubuhkan kerajaan Komunis di Yugoslavia selepas Perang Dunia II (1939–1945) dan kemudian menjadi pemerintah negara tersebut. Pada tahun 1948, dia mengisytiharkan Yugoslavia bebas daripada penguasaan Kesatuan Soviet. Tindakan ini telah diikuti oleh China dan beberapa buah negara Komunis Eropah Timur yang lain. | UMUM | |