Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngo.ya/] | مڠويق

Definisi : 1. berlari utk mendapat­kan sesuatu atau seseorang yg sedang ber­gerak, mis kucing menangkap tikus, polis me­nangkap pencuri dsb; 2. berusaha dgn ber­sungguh-sungguh utk mendapatkan sesuatu atau memenuhi tujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngo.ya/] | مڠويق

Definisi : menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-­laung) kuat-kuat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIRANHA

Piranha ialah ikan bergigi tajam yang hidup di

tasik dan sungai di seluruh Amerika Selatan.

Piranha telah digambarkan dalam filem dan dalam

legenda sebagai pemangsa yang ganas,

dahagakan darah yang boleh mengoyak-ngoyak

manusia dalam beberapa saat. Dalam keadaan

sebenar piranha jarang menyerang manusia.

Walau bagaimanapun, piranha boleh menjadi

masalah jika dilepaskan ke dalam perairan lain,

tempat ia akan memakan banyak ikan asal,

amfibia, dan lain-lain haiwan air.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 

Kembali ke atas