Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadikan (undang-undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menjadikan berkuatkuasa; melaksanakan: Perintah berkurung telah dikuatkuasakan di tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat kuasa
Kata Terbitan : berkuat kuasa, menguatkuasakan, penguatkuasaan, penguat kuasa,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
PIAWAI PERDAGANGAN

Piawai perdagangan memastikan

perdagangan dijalankan secara jujur dan adil. Di

Britain , majlis kaunti mentadbirkan jabatan piawai

perdagangan, yang menguatkuasakan peraturan

kerajaan pusat ke atas perundangan pengguna.

Tanggungjawab jabatan ini meliputi pelbagai

bidang termasuk kawalan mutu, serta timbangan

dan ukuran. Jabatan ini juga menguatkuasakan Akta

Perihal Perdagangan.

UMUM 
KOD CLARENDON

Kod Clarendon ialah satu siri empat Akta

Parlimen yang bertujuan menguatkuasakan

keakuran agama kepada Gereja England.

UMUM 
SENNECTT, MACK

Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan

penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu

slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang

terkenal muncul dalam filem-filem Keystone

Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar

kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya

yang terkenal telah menambahkan kekacauan di

sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett

memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang

“gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita

yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan

watak-watak lain sering terlibat dalam adegan

kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan,

suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak

filem terbitannya.

UMUM 
SISTEM BENUA

Sistem benua, merupakan usaha menahan

perdagangan United Kingdom dengan Negara-negara

Eropah yang lain pada awal tahun 1800-an.

Napoleon I Perancis menerimanya sebagai cara

perang ekonomi menentang United Kingdom.

Napoleon memulakan sistem ini melalui Dekri

Berlin pada 21 November 1806 yang

mengisytiharkan United Kingdom sebagai sebuah

negara yang dikenakan sekatan. Sekatan ini

diperluaskan melalui Dekri Milan 1807 kepada

kapal berkecuali yang berlabuh di United

Kingdom. Napoleon bertempur dalam Perang

Semenanjung dalam usaha sia-sianya

menguatkuasakan sistem itu. Namun tindakannya

itu membuktikan faktor utama yang menyebabkan

Rusia kehilangan sekutunya. Lihat Napoleon I

(Kejatuhan kuasanya).

UMUM 
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 

Kembali ke atas