Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bat] | مڠوبت

Definisi : 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. menghibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Duduk di dapur membakar inggu,
     Hendak mengubat sawan budak;
Sawah berlumpur lagi kutunggu,
     Inikan pula padi dah masak.


Lihat selanjutnya...(19)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANANG

MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
KITAB TAJ MULUK

KITAB TAJ MULUK, kitab rujukan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Kitab ini mempunyai judul yang lengkap sebagai Taj al-Muluk al-Mursa b Anwai al-Durri wa al-Jawahiri al-Manzumat yang bererti ’mahkota segala raja-raja yang bertatah mutiara maknikam yang tersusun’.

BUDAYAKitab
DIKIR BARATDIKIR BARAT, persembahan nyanyian beramai-ramai yang popular di Kelantan. Dikir ini berasal dari Thailand yang dikenal dengan nama dikir karut. Orang yang memperkenalkan dikir barat di Kelantan ialah Mat Salleh bin Ahmad yang dikenal dengan panggilan Pak Leh Tapang. Dikir barat bukan sahaja untuk hiburan, bahkan mengubat orang sakit bagi memulihkan semangat.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PAWANG

PAWANG, orang yang mahir dalam hal upacara magis, Lazimnya, seseorang itu hanya boleh menjadi pawang setelah mendapat 'panggilan' daripada kuasa ghaib iaitu . menerima kuasa daripada roh nenek moyang.  Pawang menggunakan kuasa magis untuk pelbagai tujuan seperti mengubat orang sakit, menilik barang yang hilang dan menilik masa depan seseorang.  Pawang adalah sebagai perantara alam nyata dengan alam ghaib dan mempunyai pengetahuan memanipulasi alam untuk keperluan masyarakat.  Terdapat beberapa jenis pawang seperti pawang hujan, pawang bijih, pawang belat dan sebagainya.

BUDAYAKepercayaan

Kembali ke atas