AKUPUNKTUR | Akupunktur ialah kaedah rawatan tradisional Cina purba untuk melegakan kesakitan dan mengubati beberapa jenis penyakit dengan cara mencucuk jarum ke beberapa bahagian badan. Mengikut falsafah Cina, penyakit dan kesakitan terjadi akibat ketidakimbangan antara dua kuasa semula jadi utama yang dikenali yin dan yang . Orang Cina percaya akupunktur mengembalikan imbangan ini. | UMUM | |
MORFIN | Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan untuk mengubati beberapa masalah perubatan yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin kerana ia membuatkan mereka merasa lebih bahagia. | UMUM | |
EHRLICH, PAUL | Ehrlich, Paul (1854–1915), ahli bakteria Jerman. Dia mengasaskan kemoterapi dan membuktikan bahawa suntikan pewarna tertentu dapat mengubati penyakit tropika tertentu. | UMUM | |
KEMENYAN | KEMENYAN (Boswellia sacra), getah daripada sejenis pokok yang terdapat di hutan jenis tropika. Kemenyan berbentuk ketulan keras seperti batu dan biasanya digunakan dalam perasapan ketika kenduri atau untuk mengubati penyakit. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
MANANG | MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
SYEIKH SAID PASAI | SYEKH SAID PASAI (1457- ? ), tabib dan pendakwah Indonesia. Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai. Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457. Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN | SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MENURUN | MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh. Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional. Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ‘khadam’ ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya. | BUDAYA | Kaedah |