Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat untuk membina atau mengawasi kerja-kerja pembinaan terusan yang merentangi segenting di Amerika Tengah dan juga hak untuk menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan, Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut. |