Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öu.mum.kan]/[meng.u.mum.kan] | مڠعمومکن

Definisi : 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öu.mum.kan]/[meng.u.mum.kan] | مڠعمومکن

Definisi : memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESENSI BUKU

Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan

dalam surat khabar atau majalah berkala yang

mengumumkan penerbitan buku baru,

menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai

resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan

kemampuan orang yang membuat resensi dan juga

keadilannya dalam membuat penilaian terhadap

buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi

harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang

subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan

menganalisis karya, dan standard kritikan yang

tinggi. (Lihat Kritikan ).

UMUM 
POSTER

Poster ialah lembaran kertas atau kadbod bercetak

yang dipamerkan untuk tontonan umum. Kebanyakan

poster menyampaikan mesej ringkas yang

menggabungkan perkataan dengan ilustrasi. Poster

boleh digunakan untuk mengumumkan peristiwa

seperti drama, filem, atau pameran lukisan. Ia juga

boleh digunakan untuk mengiklan keluaran

perdagangan atau menyampaikan mesej politik.

UMUM 
PERISTIWA PETROV

Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang

dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? –

1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di

Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila

Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan

bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan

Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk

mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies

menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya

suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia.

UMUM 
ANNE, SAINT

Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai

isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah

mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam

buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab

Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang

malaikat muncul di hadapannya dan

mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di

seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak

makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah

makam yang paling terkenal ialah makam yang

terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu

makam Ste.-Anne-de-Beaupre.

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
SISTEM KEWANGAN EROPAH (EMS)

Sistem Kewangan Eropah (EMS) ialah

organisasi yang ditubuhkan oleh 10 negara

Eropah untuk menstabilkan kadar pertukaran mata

wang mereka. Kadar pertukaran ini adalah harga

mata wang satu negara dalam istilah negara-negara

lain. Sistem ini bermula pada tahun 1979 dengan

penyertaan sepenuhnya oleh Belgium, Denmark,

Perancis, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda dan

Jerman Barat (kini Jerman). Sepanyol memulakan

penyertaan sepenuhnya pada tahun 1989 dan

United Kingdom pada tahun 1990. Portugal dan

Greece menandatangani perjanjian sistem ini

tetapi tidak mengambil bahagian dalam semua

operasinya. Kesemua ahli sistem ini adalah negara

Kesatuan Eropah, yang berusaha menyatukan

ekonomi negara ahlinya. Pada tahun 1992, United

Kingdom dan Itali mengumumkan untuk

menggantung sementara penyertaan mereka

dalam sistem ini. Kedua-dua negara ini tidak dapat

mengelakkan kejatuhan nilai mata wang mereka di

bawah julat yang diperlukan oleh sistem ini.

UMUM 

Kembali ke atas