Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.pas] | مڠوڤس

Definisi : 1. membuang atau mengo­pak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau; 2. mengkaji dan meng­huraikan dgn teliti (karangan, pendapat, per­soalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.pas] | مڠوڤس

Definisi : 1 membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kupas
Kata Terbitan : mengupas, terkupas, kupasan, pengupasan, pengupas,

Puisi
 

Kalau kalah main terup,
     Makan buah mengupas kulit;
Berkuah sama menghirup,
     Bersambal sama mencolek.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BERKHATAN

BERKHATAN,  proses memotong kulit hujung zakar lelaki atau mengupas penutup kelentit perempuan.  Berkhatan juga dikenal sebagai bersunat atau masuk jawi.  Biasanya berkhatan dilakukan sewaktu seseorang itu kanak-kanak lagi.  Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada zakar dan kelentit bagi membersihkan segala kotoran pada takuk zakar dan kelentit itu.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas