Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rung] | مڠوروڠ

Definisi : 1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka; 2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll); 3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung (perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rung] | مڠوروڠ

Definisi : 1 menahan atau memasukkan sesuatu ke dlm kurung; tidak membenarkan keluar dr rumah dsb: Beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya di dlm penjara. 2 membubuh tanda kurung (dlm tulisan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurung
Kata Terbitan : kurungan, berkurung, mengurung, terkurung, pengurungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINOS

Minos ialah raja Crete dalam mitologi Yunani. Dia

memerintahkan Daedalus, seorang pereka dan

pekerja yang mahir membina Labirin. Labirin

merupakan bangunan tempat Minos mengurung

seekor raksasa yang dikenal sebagai Minotaur.

UMUM 
MINOTAUR

Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang

berkepalakan lembu jantan dan berbadankan

manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan

Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos

mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu

bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun

dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh

orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens

kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens

akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri

dari Labirin dengan menggunakan benang yang

diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos,

Ariadne.

UMUM 
AEOLUS

Aeolus ialah dewa yang mengawal angin dalam

dongeng orang Yunani. Aeolus tinggal di sebuah

pulau terapung, yang dipercayai oleh sarjana,

ialah salah sebuah pulau dalam Kepulauan Aeolian

dekat Sicily. Kepulauan ini dinamakan sempena

namanya. Aeolus mengurung angin dalam sebuah

gua dan akan melepaskannya mengikut suka

hatinya.

UMUM 

Kembali ke atas