Ma’arriy, Abu al-‘Ala’ al- (363 H.–449 H./973 M.– 1057 M.), penyair Arab. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn Abdullah ibn Sulayman ibn Muhammad ibn Sulayman al-Ma’arriy al-Tanukhiy. Salasiah datuknya berakhir pada al-Nu’man ibn ‘Adiy. Nama panggilannya Abu al-‘Ala’ dan dia menggelarkan dirinya ‘Rahin al-Muhbisin’ (tawanan penjara). ‘Muhbis’ yang dimaksudkan kerana dia hilang penglihatan, justeru dia mengurungkan diri di dalam rumah dan mengasingkan diri daripada masyarakat. Dia lahir di Ma’arrah al-Nu’man, Syam, yang menurut sesetengah ahli sejarah dinisbahkan kepada al-Nu’man ibn ‘Adiy. |