Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.tu/] | مڠوتوق

Definisi : 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.tu/] | مڠوتوق

Definisi : 1 menyatakan (meluahkan) kutuk; menganggap keji (hina dll); melaknat: Dia tidak pernah memberikan buah fikirannya melainkan ~ saja. 2 mengenakan kutuk (sumpah, laknat dll) kpd; melaknat: Allah ~ sesiapa yg berlaku kejam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kutuk
Kata Terbitan : mengutuk, kutukan, terkutuk,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKATAN KEAMANAN KELLOGG-BRIAND

Pakatan Keamanan Kellogg-Briand yang

juga dikenali sebagai “Pakatan Paris”, yang

mengutuk keputusan berperang sebagai cara

menyelesaikan masalah antarabangsa, dan

menyeru jalan penyelesaian secara aman.

UMUM 
ANABAPTIS

Anabaptis merupakan  bentuk sayap radikal

Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa

gereja merupakan perkumpulan manusia yang

disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan,

dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai

pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan

kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk

memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka

anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka

membaptis orang dewasa yang telah dibaptis

semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan

kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan

idea pemisahan gereja dan negeri.

UMUM 

Kembali ke atas